Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

DESCRIBE MEMBER SEKELAS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera  , Dalam kelas Pengurusan Pembelajaran(KPS 3014) , ramai kawan saya yang terlihat mempunyai kelebihan dan agak menarik untuk di describe kan .  Saya memilih Prima Alif untuk di describe kan yang mana saya lihat beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam melakukan sesuatu kerja . Beliau juga mempunyai disiplin diri yang unggul . Dalam diri beliau juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik . Beliau juga seorang yang berani dan mempunyai skill komunikasi yang baik . Beliau juga sentiasa kelihatan ceria dan menenangkan . Perwatakan beliau juga baik . Penampilan diri yang sentiasa kemas dan rapi . Beliau juga seorang yang 'soft spoken' . Sekian . itu je la kut daripada saya  , hehe 

PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang berisi banyak koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan dapat digunakan oleh semua masyarakat atau golongan tertentu. Selain daripada itu juga, pusat sumber merupakan pusat media, pusat belajar,  pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Guru Perpustakaan Media mempunyai tugas besar dalam menjadikan PSS sekolah masing-masing sebagai nadi sekolah. Namun begitu masih ramai yang kurang arif dengan bidang tugas Guru Perpustakaan Media (GPM). Wak

PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Ciri keselamatan bilik pembelajaran ialah :- 1)       Ruang kerja selesa – susun atur perabot 2)       Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak 3)       Cahaya dan pengudaraan yang cukup 4)       Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup 5)       Sudut pameran/hasil kerja murid 6)       Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan 7)       Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin Penggunaan makmal h

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Definisi bimbingan ialah bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Definisi penasihatan iaitu memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat dan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Kaunseling atau penasihatan membantu mengurangkan tekanan pelajar . Fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat d

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat.Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Hubungan ibu bapa dan sekolah dibina melalui program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan cara ini. PIBG adalah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru   . Selain itu , menjaga kebajikan pelajar , menambah kewangan sekolah dan menjayakan aktiviti dan program pendidikan . Disini saya sertakan surat pekeliling ikhtisas Perlembaga

PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan tugas pengurusan kokurikulum kepada guru penolong kanan kokurikulum. Bagi pentadbir yang lebih fokus kepada akademik, aktiviti kokurikulum tidak akan diberi perhatian secara serius. Mereka mengandaikan jika aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan, itu adalah memadai. Walaupun begitu, dengan adanya syarat ke SBP daripada penyertaan kokurikulum, semakin ramai pentadbir yang menyedari pentingnya kokurikulum kepada sekolah, dan khasnya kepada anak didik mereka. Selain itu, terdapat juga guru yang kurang mahir dan kurang berpengetahuan dalam aktiviti kokurikulum dilantik sebagai GPK Kokurikulum. Kesannya, kadang-kala aktiviti kokurikulum tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sekiranya

KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Definisi pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan . Ia juga merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat .  Kepentingan pengurusan ialah untuk menambah pengetahuan , meningkatkan mutu amalan kerja guru , menambahkan produktiviti dan mendapatkan keredaan Allah . Terdapat 2 perspektif pengurusan iaitu bilik darjah dan sekolah . Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid . Selain itu , usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran . Strategi pengurusan pembelajaran ialah berpusatkan

INTERAKSI & PEMBELAJARAN

Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling . Sosialisasi ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia juga   proses pembelajaran berterusan bermula dari pemindahan norma dan nilai dalam keluarga atau budaya .Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep .Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. Jenis sosialisasi ialah primer , sekunder dan resosialisasi . Sosialisasi primer dan sekunder adalah sosialisasi normal . Sosialisasi primer berlaku dalam keluarga .   Kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, penaakulan dan kemahiran bahasa . Sosialisasi sekunder     berlaku di luar lingkungan keluarga . Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru dan media massa .Resosialisasi ialah proses individu menukar kepercayaan, moral dan nilai sedia ada . Interaksi dalam Pem

SOSIOLOGI

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN Sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). Istilah ini berasal daripada perkataan latin iaitu “sosio” yang bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia . Sosiologi adalah kajian mengenai interaksi sosial dan organisasi , masyarakat dari segi fungsi, bentuk organisasi social dan perkembangan budaya dan kehidupan sosial manusia, kumpulan dan masyarakat.  Sosiologi menurut Prof Amir Hasan Dawi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan so

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin . Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja.Mereka juga kurang diberi peluang untuk melakukan

PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT

Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yangmenakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society ”. Pelbagai isu membabitkan keselamatan pelajar dan juga institusi sekolah terus menarik perhatian ramai. Mutakhir ini, beberapa insiden yang berlaku sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di luar pagar sekolah sehingga menjejaskan tahap keselamatan anak-anak termasuk yang membabitkan kemalangan jiwa mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat teru

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Isu dalam pengurusan murid adalah pertukaran SSDM. Asalnya Sistem Salahlaku Disiplin Murid ditukar kepada Sistem Sahsiah Diri Murid . SSDM yang lama hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Fungsi SSDM yang telah ditambahbaik ialah pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah laku murid sahaja. Melalui penambahbaikan ini para murid berpeluang untuk mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah Baru-baru in

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan