Pada era
globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada
dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di
mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah
faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan
yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .
Masalah
ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai
kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka
kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan
sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya. Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang
dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan
kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang
sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar
terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan masalah disiplin yang bertujuan
untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang
menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Saya
bersetuju dengan petikan akhbar ini bahawa ibu bapa dan guru-guru memainkan
peranan untuk menangani masalah disiplin ini . Ibu bapa tidak boleh menyerahkan
tanggungjawab sebulatnya kepada guru kerana guru hanya dapat membantu pada
waktu persekolahan sahaja. Namun inisiatif perlu di ambil oleh pihak ibu bapa
dan guru dalam menangani masalah ini. Mereka perlu menggembeleng tenaga . Bagi
pihak ibu bapa , cuba meluangkan masa bertanya khabar anak-anak , bagaimana
persekolahan dan sebagainya . Dengan ini
, anak-anak mereka dapat merasakan bahawa ibu bapa mereka peduli akan mereka .
Dari pihak sekolah pula , boleh mengadakan program yang bermanfaat seperti
kempen cegah masalah disiplin sekolah dan sebagainya.
Kesimpulannya,
kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali
ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata dalam usaha sifar masalah
disiplin.
Comments
Post a Comment