Skip to main content

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21


Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach .
Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat  tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.



                                             Contoh susunan bilik darjah PAK 21




Ciri –ciri bilik darjah abad ke 21 adalah amat berbeza dengan bilik darjah lama kerana tumpuan diberikan kepada melahirkan murid  yang produktiviti, kreatif, inovatif dan mahir teknologi.



Bilik darjah PAK 21 perlu mempunyai sudut-sudut seperti :-


                                         Sudut bagi hasil kerja yang dilakukan oleh murid.

                                                             Sudut parking lot.






                                                                    Sudut Maklumat



Isu bilangan pelajar terlalu ramai di dalam sebuah kelas.





Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.

Namun yang menjadi isu adalah bilangan pelajar terlalu ramai bagi sebuah kelas  sehingga mencecah 40 lebih orang murid. Ini menjadi masalah kerana guru tidak dapat mengajar dan memberi fokus kepada semua murid lebih lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar . Menurut Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris , Prof Dr Saedah Siraj  berkata purata bilangan murid didalam kelas hari ini seramai 45 orang . Menurut beliau , keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu kurang kerana terlalu ramai pelajar di dalam kelas . Menurut beliau , kelas yang baik adalah memiliki pelajar seramai 25 hingga 30 orang sahaja.

Oleh itu , Keadaan bilik darjah haruslah kondusif bagi memastikan produktiviti pelajar meningkat







Comments

Popular posts from this blog

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k