Skip to main content

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah.
Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul. Antara isu –isu tersebut adalah :- 
1)      Keselamatan
-Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian yang tidak diingini ke atas pelajar, contohnya, kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan.

- Berlaku juga kes-kes guru diugut oleh ibu bapa pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak mereka dilayan. Kalau dahulu rotan merupakan satu cara untuk mendidik pelajar, tetapi sekarang rotan merupakan satu jalan untuk guru disaman. Isu ini merupakan cabaran utama kepada pemimpin sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada masa yang sama masalah ini menjadi kekangan.


Kronologi Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah kerana mendenda muridnya yang melakukan kesalahan menghidu gam dan mempengaruh rakan lain untuk buli.


2)      Arahan ketua
-Masalah ini timbul apabila guru tidak menghormati pemimpin sekolah disebabkan isu peribadi ataupun tidak selesa dengan kepimpinan di sesebuah sekolah. Selain itu, tahap pendidikan guru mungkin lebih tinggi daripada pemimpin sekolah dan ini menyebabkan mereka tidak menghormati pemimpin mereka dengan anggapan mereka lebih bagus.

3)      Tanggungjawab
- Terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini berlaku apabila guru tersebut mengajar kelas tambahan di luar dan mendapat pendapatan yang lumayan dan dengan itu pengajaran di sekolah tidak di titik beratkan.


Bagi menangani isu ini , pemimpin boleh menggunakan pendekatan gaya kepimpinan seperti;
        a. Penaklukan 
        b. Bekerjasama
        c. Penjauhan
        d. Mengalah
        e. BertolakAnsur

Kesimpulannya , pemimpin sekolah haruslah menangani isu isu sebegini dengan sebaiknya . sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k