Skip to main content

PENGURUSAN SUMBER



Pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.

Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang berisi banyak koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan dapat digunakan oleh semua masyarakat atau golongan tertentu. Selain daripada itu juga, pusat sumber merupakan pusat media, pusat belajar,  pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan.

Guru Perpustakaan Media mempunyai tugas besar dalam menjadikan PSS sekolah masing-masing sebagai nadi sekolah. Namun begitu masih ramai yang kurang arif dengan bidang tugas Guru Perpustakaan Media (GPM). Waktu mengajar yang sedikit tidak bermakna GPM ‘bergoyang kaki’ atau sekadar melakukan kerja-kerja keceriaan.

Bidang tugas GPM ada banyak antaranya ialah merancang dan melaksanakan dasar   dan program tahunan Pusat  Sumber   Sekolah bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah,   guru, pelajar sekolah . Selain itu , merancang dan mengurus belanjawan   tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah. Seterusnya , merancang dan mengurus program   pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu





Pekeliling ini menunjukkan bahawa waktu mengajar GPM ialah sebanyak 6-8 waktu sahaja disamping menjalankan tugas tugas mengurus pusat sumber. 


Disini saya sertakan buku panduan pengurusan sumber abad ke 21 :-

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k