Skip to main content

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA




Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin . Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul.
Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja.Mereka juga kurang diberi peluang untuk melakukan aktiviti bersama seperti bersukan.



Murid pendidikan khas SK Seri Gelugor ,Kerteh diberi peluang menyertai larian merentas desa



Isu yang seterusnya tentang aspek keselamatan . Keselamatan adalah penting kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka perlu sentiasa diberi perhatian seperti menyediakan bilik darjah yang terletak di aras bawah dan berdekatan dengan tandas khas . Kedudukan kelas khas pula adalah sepatutnya di bangunan hadapan sekolah dan bukannya di hujung bangunan . Seperti di sekolah yang kumpulan saya lawati , bangunan PPKI sekolah tersebut sangatlah tidak kondusif dan agak berbahaya bagi keselamatan murid-murid kerana berada dihujung bangunan dan berhampiran dengan landasan keretapi . Kelas itu juga merupakan makmal lama yang tidak digunakan lagi dan kemudiannya dijadikan kelas PPKI .



Ini merupakan contoh sekolah PPKI yang lengkap mengikut ciri-ciri kelas selamat untuk pelajar berkeperluan khas .















Bangunan PPKI di SK Seri Gelugor , Kerteh .


Sekolah ini memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi murid berkeperluan khas. Bangunan PPKI sekolah ini juga berada di blok utama dihadapan pintu masuk .Keadaan kelas juga amat selesa dan kondusif.




SK Seri Gelugor banyak menerima anugerah dan merupakan sekolah pendidikan khas terbaik











Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k