Skip to main content

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID





Definisi bimbingan ialah bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.

Definisi penasihatan iaitu memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat dan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.



Kaunseling atau penasihatan membantu mengurangkan tekanan pelajar . Fungsi seorang guru bukan sahaja mengajar bahkan sebagai penasihat kepada para pelajarnya agar mereka yang mempunyai masalah dapat dibantu dengan sebaiknya. Sesi kaunseling terhadap pelajar amat perlu terutamanya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran mahupun kendiri. Pengurusan penasihatan murid ini sangat penting untuk dilaksanakan agar masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi hingga ke akar umbi.


Sekiranya pelajar dilihat memiliki tanda-tanda stres melampau , kemurungan seharusnya diberi kaunseling dan nasihat agar pelajar tidak nekad melakukan perkara yang tidak diingini seperti membunuh diri.





Pelajar perlu diberi kesedaran tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan. Cegah sebelum terlambat.



Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k