Skip to main content

PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN




Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat.Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat.

Hubungan ibu bapa dan sekolah dibina melalui program PIBG. Program ini dijalankan agar semangat ukhwah diantara ibu bapa dan sekolah sering terjalin walau apa pun yang terjadi. Selain itu, program PIBG dijalankan adalah sebagai orang tengah diantara guru dan ibu bapa. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan cara ini.


PIBG adalah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru  . Selain itu , menjaga kebajikan pelajar , menambah kewangan sekolah dan menjayakan aktiviti dan program pendidikan .

Disini saya sertakan surat pekeliling ikhtisas Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG):-


Hubungan sekolah dengan  ibu bapa dibina melalui penglibatan ibu bapa atau penjaga sebagai sukarelawan dalam kelas (SdK) . Sebagai contoh , ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang fizik boleh dijemput menjadi sukarelawan dalam kelas untuk mengajar dan menerangkan kepada pelajar .


Disini saya sertakan surat pekeliling ikhtisas Penglibatan Ibu Bapa atau Penjaga sebagai Sukarelawan dalam Kelas :-




Hubungan mesra yang terbina diantara sekolah dan ibu bapa ini sangat digalakkan untuk masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan seseorang murid. Jadi hubungan ini sangat penting disesebuah sekolah untuk mencapai sekolah yang cemerlang bersama ibu bapa dan masyarakat. 

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k