Skip to main content

PENGURUSAN SEKOLAH SELAMAT




Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yangmenakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa,penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society ”.





Pelbagai isu membabitkan keselamatan pelajar dan juga institusi sekolah terus menarik perhatian ramai. Mutakhir ini, beberapa insiden yang berlaku sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di luar pagar sekolah sehingga menjejaskan tahap keselamatan anak-anak termasuk yang membabitkan kemalangan jiwa mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa. Kerisauan ibu bapa terhadap tahap keselamatan anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah termasuk ketika berada dalam kawasan sekolah tetap ada asas yang kukuh kerana misalnya, dalam tempoh empat hari, tiga murid sekolah maut dirempuh di jalan utama di hadapan sekolah mereka iaitu, di Bagan Serai, Perak; Dungun, Terengganu dan Alor Gajah, Melaka.





Rentetan kejadian bersiri ini pihak Kementerian Pengangkutan tampil dengan tindakan tegas di mana akan mewartakan peraturan melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah pada waktu puncak sekolah







Tempoh larangan tersebut dikenakan kepada kenderaan berat dengan muatan melebihi 10, 000 kilogram bermula dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam. Jika terdapat pihak ingkar arahan berkenaan, denda maksimum RM 300 oleh pihak MPSJ, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dengan mewartakan larangan tersebut , diharap dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya berhampiran sekolah.



Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k