Skip to main content

PENGURUSAN KOKURIKULUM




Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan tugas pengurusan kokurikulum kepada guru penolong kanan kokurikulum.

Bagi pentadbir yang lebih fokus kepada akademik, aktiviti kokurikulum tidak akan diberi perhatian secara serius. Mereka mengandaikan jika aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan, itu adalah memadai. Walaupun begitu, dengan adanya syarat ke SBP daripada penyertaan kokurikulum, semakin ramai pentadbir yang menyedari pentingnya kokurikulum kepada sekolah, dan khasnya kepada anak didik mereka.

Selain itu, terdapat juga guru yang kurang mahir dan kurang berpengetahuan dalam aktiviti kokurikulum dilantik sebagai GPK Kokurikulum. Kesannya, kadang-kala aktiviti kokurikulum tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sekiranya mereka yang kurang mahir ini mempunyai tahap kesediaan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam aktiviti kokurikulum, maka aktiviti ini akan berjalan lancar dan berkesan.




Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan peruntukan waktu kokurikulum pada semua sekolah di seluruh negara bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah.Pada hari rabu setiap minggu sangatlah sinonim dengan aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan namun tidak semua guru  memperuntukkan  waktu sebenar kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM


Disini saya sertakan link surat pekeliling ikhtisas peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah :-














Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21

Bilik darjah abad ke-21 adalah berpusatkann pelajar ,tidak berpusatkan guru . Guru tidak lagi berfungsi sebagai pengajar tetapi sebagai fasilator pembelajaran . Murid-murid belajar dengan cara melakukan manakala guru bertindak sebagai coach . Buku-buku teks tidak lagi sumber utama maklumat . Murid menggunakan pelbagai sumber termasuklah teknologi untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang mereka cari .Fokus pembelajaran murid di dalam kelas adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingati maklumat   tetapi belajar bagaimana untuk belajar . Mereka belajar bagaimana untuk bertanya soalan yang betul , bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul dan sebagainya. Penilaian pembelajaran juga berubah seiring dengan berubahnya pembelajaran murid. Penilaian berasaskan prestasi murid. Matlamat bilik darjah PAK 21 adalah untuk menyediakan murid untuk menjadi seorang yang produktif di tempat kerja nanti.                                              Con

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah timbul dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Pada era globalisasi ini , masalah disiplin pelajar sangatlah membimbangkan dan berada dalam keadaan kritikal . Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa dan di mulut-mulut masyarakat . Namun yang menjadi persoalan disini , apakah faktor-faktor yang mendorong masalah disiplin ini berlaku dan apakah peranan yang harus dilakukan oleh para ibu bapa dan guru ? .                 Masalah ini semakin meruncing dan menjadi-jadi disebabkan oleh ketirisan nilai kerohanian dan keagamaan dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana , mereka kurang tahu akan halal-haram dan tidak merasa takut untuk melanggar peraturan sekolah , membuli rakan-rakan , merokok , memukul guru dan sebagainya.   Punca seterusnya adalah kurang kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa . Hal ini kerana ,mereka terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan perhatian dari mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan k