Pengurusan murid
merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah.
Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk
melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara
dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Pengurusan murid ini melibatkan
aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan
serta pemulihan terhadap murid.
Isu dalam
pengurusan murid adalah pertukaran SSDM. Asalnya Sistem Salahlaku Disiplin
Murid ditukar kepada Sistem Sahsiah Diri Murid . SSDM yang lama hanya mencatat
salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Fungsi SSDM yang
telah ditambahbaik ialah pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji yang
telah dilakukan oleh murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah
laku murid sahaja. Melalui penambahbaikan ini para murid berpeluang untuk
mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah
Baru-baru ini ,
isu tentang peratusan ponteng sekolah meningkat menerusi pelaksanaan system SSDM
. Ini kerana sebelum itu aplikasi berkenaan hanya merekodkan salah laku
disiplin murid tanpa mengisi Amalan Baik SSDM setiap murid. Pihak sekolah
bukannya merekod semua masalah disiplin kerana data-data itu boleh menunjukkan
persepsi yang tidak baik bagi sekolah .
Saya berpendapat
,jika kesalahan yang dilakukan oleh murid boleh diganti dengan amalan kebaikan
, masalah-masalah seperti ponteng ini akan menjadi semakin serius kerana amalan
yang baik akan menghapus amalannya yang buruk itu. Jadi dikepala murid , tidak
mengapa jika mereka melakukan kesalahan kerana nanti mereka boleh tebus dengan
kebaikan yang akan mereka lakukan nanti.
Namun , system ini
ada baiknya juga kerana membolehkan pelajar menjadi ringan tulang untuk
membantu guru-guru.
Comments
Post a Comment